Warranty ni macam mana? Apa yang warranty tinted cover?

Waranti kita meliputi bubble/gelembung udara pada tinted tetapi bukan pada warna tinted yang luntur. Ini disebabkan oleh penggunaan dan penjagaan kereta setiap orang adalah berbeza. Sebagai contoh parking berbumbung atau tidak. Ia memberi kesan yang berbeza. Sama juga dengan cat kereta, ia tidak kekal.

Jika ada masalah selepas beberapa hari pemasangan, seperti contoh ada habuk, boleh terus ke kedai dan Free Of Charge (FOC) untuk pembaikan.

Waranti juga tidak meliputi, jika pemasangan tinted double layer iaitu tinted yang baru di pasang/ dilapik dengan tinted asal pada cermin.

Waranti ini juga boleh dituntut di kesemua cawangan kami diseluruh Malaysia dengan membawa kad waranti yang telah kami berikan.

More FAQs

Scroll to Top