SPESIFIKASI JABATAN PENGANGKUTAN JALANRAYA BERMULA TAHUN 2018/TERKINI
Spesifikasi tinted filem mengikut kadar gelap yang diluluskan berubah mengikut peraturan terbaru Kementerian Pengangkutan Jalan. Tidak pernah ada kelulusan untuk gelap keseluruhan kereta melainkan membuat permohonan dan bayaran tahunan kepada JPJ jika diluluskan
Kadar lulus tinted terkini JPJ adalah:
WINDSCREEN = VLT 70% / Gelap tinted 30%
2 CERMIN SISI DEPAN = VLT 50% / Gelap tinted 50%
2 CERMIN SISI DAN BONET BELAKANG = Bebas / Tiada had kadar gelap.
Dengan kata lain, cermin hadapan/windscreen tidak boleh gelap melebihi 30% dan 2 cermin sisi hadapan kadar gelap sehingga 50% sahaja. Bagi 2 cermin sisi belakang dan cermin bonet diberikan kelulusan untuk gelap sehingga 100% dan terpulang pada pemandu untuk membuat pilihan kadar gelap yang sesuai dengan mereka.
Pihak kedai atau jurupasang tinted akan memaklumkan kepada customer bagaimana kadar kelulusan JPJ dan terpulang pada customer untuk membuat pilihan kadar gelap yang mereka inginkan. Jika melanggar peraturan JPJ, kedai tidak akan bertanggungjawab dan hanya pemilik kenderaan tersebut yang akan bertanggungjawab.