Kenapa perlu pakai tinted?

Iklim malaysia.

Malaysia sebuah negara beriklim khatulistiwa. Cuaca malaysia hampir panas sepanjang tahun. Purata taburan hujan di Malaysia jika digabungkan dalam setahun, selama 2 bulan sahaja hujan. 10 bulan yang lain adalah panas.

Negara kita tidak seperti negara yang mempunyai 4 musim.

Keselesaan

Untuk keselesaan pemanduan. Diri, keluarga dan penumpang dalam kereta. Aircond ada, tapi bila terkena pancaran cahaya matahari, bahang di kulit tetap terasa.

Melindungi dari sinar UV

Sinar uv boleh merosakkan kulit. Walaupun kereta ada cermin, namun sinaran uv tetap sampai dan memberi kesan kepada kulit, mata kita. Ianya lebih kepada menjaga kesihatan diri sepertimana penggunaan losyen Kulit untuk menghalang UV

Keselamatan & privasi

Cermin yan lebih gelap berbanding 100% cerah kurang memberi peluang kepada faktor jenayah yang mengintai dan mengambil peluang samada untuk menyamun, mencuri atau melihat pergerakan mangsa setiap hari dan menjadi target.

Kosmetik

Menggayakan kenderaan untuk nampak lebih bergaya dan profesional serta privasi.

More FAQs

Scroll to Top