Apa itu IRR, UV dan VLT

VLT- VISIBLE LIGHT TRANSMITTED (KADAR KETELUSAN CAHAYA)

 

APA MAKSUD VLT?

VLT ialah kadar ketelusan cahaya yang masuk ke dalam ruangan kereta. Jika VLT 30%, maka cahaya yang masuk adalah 30% dan kadar kegelapan tinted adalah  70%. Ramai orang salah faham bila disebut VLT 70%, orang beranggapan itu adalah kadar kegelapan tinted. Sebenarnya jika VLT 70%, maka kadar gelap tinted adalah 30% sahaja.

UV-ULTRA VIOLET (SINARAN ULTRA VIOLET)
APA MAKSUD UV/ ULTRA VIOLET?

Menapis sinaran UV, supaya kulit tidak terdedah dengan sinaran UV yang tinggi. Kepanasan tetap akan dirasai, namun kulit kita tidak akan terbakar. Contohnya memakai sunblock UV(SPF) semasa ke pantai, panas tetap rasa tapi kulit tidak rentung. Semakin tinggi peratusan penolakan UV filem, semakin baik untuk kulit dan mata. Kebanyakan filem yang berkualiti mencapai kadar penolakan UV 99% dan kesemua filem ada peratusan UV yang tinggi, kecuali tinted 1 ply/1 mil yang nipis. Kesimpulannya, ketahanan haba/tahan panas bukan terletak pada tingginya peratus UV.

IRR- INFRARED REJECTION ( PENOLAKAN HABA/PANAS)
APA ITU INFRARED REJECTION/ IR/ IRR?

IRR merujuk kepada tahap kepanasan yang ditolak keluar oleh filem penapis haba. Makin tinggi peratusan (%) IRR, maka makin banyak haba yang ditolak keluar sebelum ianya masuk ke dalam ruangan kereta. Ketahanan panas bergantung kepada nilai % IRR dan bukan nilai % UV. Sebagai contoh, filem yang baik dari segi IRR adalah bermula 60% IRR dan ke atas. Biasanya harga tinted/filem yang baik dari segi IRR yang semakin tinggi

More FAQs

Scroll to Top